INITIATIVE ENGINEERING: Tentang Kami

Tentang Kami


SEJARAH SYARIKAT
INITIATIVE ENGINEERING ditubuhkan pada 27 Oktober 2006 oleh seorang pemilik tunggal iaitu Ahmad Bin Perman. Syarikat ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berdaftar sebagai syarikat pembinaan. Syarikat ini juga telah diiktiraf sebagai Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, syarikat ini berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Syarikat ini mula berjinak menapak kerja di Tanjung Malim ketika lebuh raya di sana sedang dibina selama hampir 2 tahun, Setelah itu, syarikat ini mula melebarkan sayap membuat kerja pengubahsuaian rumah, pejabat dan bangunan swasta dan kerajaan. Terdapat juga kerja maintenance yang dibuat seperti memotong rumput karpet.
INITIATIVE ENGINEERING diakui sebagai kontraktor yang berwibawa berdasarkan kepakaran dan kehebatan teknikal. Syarikat ini telah terlibat dalam banyak reka bentuk kejuruteraan dan pembinaan projek-projek sebagai kontraktor utama. Pengalaman dan kepakaran dalam industri ini telah menjadikan syarikat ini sebagai rakan kongsi pembangunan negara utama. Selama bertahun-tahun telah membina reputasi yang kukuh dalam pelbagai pembinaan dan projek-projek pembangunan hartanah yang memberi kesan kepada masyarakat dengan projek-projek yang mempunyai kualiti hidup. Syarikat ini juga bekerjasama dengan kontraktor utama yang lain yang mempunyai tahap kualiti yang tinggi, keselamatan dan kepakaran teknikal kemahiran untuk memenuhi keperluan pelanggan, terutama dalam sistem pra-fabrikasi dan pengurusan projek. 


OBJEKTIF SYARIKAT
v  Membentuk ASAS yang kukuh untuk menjamin pulangan pendapatan yang berterusan dalam setiap projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat.
v  Memberi tumpuan dalam perniagaan yang ada dan mempelbagaikan konsep pembangunan hartanah yang mengintergrasikan pembangunan seperti sedia ada.
v  Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.
v  Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan.
v  Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
v  Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

v  Memastikan kedudukan kewangan dan pentadbiran syarikat sentiasa di dalam keadaan kukuh dan mantap dalam menangani cabaran semasa.


Waktu Operasi

ISNIN - JUMAAT
8.30 PAGI - 5.00 PETANG      
SABTU
8.30 PAGI - 1.00 PETANG
AHAD & CUTI UMUM
TUTUP















INITIATIVE ENGINEERING Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign